Marahil Tafaul Bi Syahadatain

Marahil Tafaul Bi Syahadatain

Sinopsis

Dua kalimah syahadah adalah suatu kesaksian bahawa tiada yang wajib diabdi dengan penuh cinta kecuali hanya Allah sahaja. Kemudian kesaksian bahawa Muhammad itu merupakan Rasul Allah. Syahadatain ini merupakan ruh yang melandasi keyakinan, pemikiran dan perbuatan orang-orang mukmin. Untuk merealisasikannya mukmin mesti berinteraksi dengan kandungan makna syahadatain melalui beberapa tahap iaitu cinta dan redha kepada Allah, Islam dam Rasul. Syahadatain yang didasari cinta dan redha menjadi sibgah kepada hati, akal dan jasad.

Hasyiah

1. Dua Kalimah Syahadah

Sarahan

Syahadatain perlu dipelajari dan diketahui kerana dua kalimah ini sebagai dasar bagi keseluruhan hidup manusia dan seluruh ajaran Islam.

Dalil

47:19, 37:35, 3:18 ungkapan Allah bahawa syahadat adalah dasar seluruh ajaran Islam

Hadits, ungkapan RasululLah mengenai bangunan Islam yang terdiri dari lima, menyaksikan bahawa Tiada ilah selain Allah dan bahwa Muhammad RasululLah, mendirikan sholat, menunaikan zakat, shaum di bulan ramadhan dan menunaikan hajji bagi yang mampu.

2. Cinta

Sarahan

Mukmin mencintai dua kalimah syahadah sehingga nilai yang menjadi kandungannya tidak diterima sebagai beban.

Cinta ini tumbuh dari kecintaan kita kepada Allah dan Rasul yang teramat sangat serta bara terhadap sembahan selain Allah.

Cinta ini dilengkapi dengan cinta kepada Rasul yang menjadi pembimbing utama menuju kecintaan Allah dan cinta kepada Islam sebagai syurut untuk mendapatkan kecintaan Allah.

Dalil

2:165, sikap kecintaan mukmin yang teramat sangat kepada Allah.

Hadits, sikap kecintaan mukmin terhadap Rasul, lebih dari mencintai ibu bapa mahupun anaknya.

8:2, hati mukmin bergetar ketika asma Allah disebutkan ini kerana cinta kepada Allah.

3. Redha

Sarahan

Redha iaitu kerelaan diri untuk menerima program Allah sepenuhnya. Redha hanya dapat lahir dari cinta yang sebenarnya.

Redha hanya dapat lahir dari cinta yang sebenarnya. Fenomena redha adalah kelazatan iman dalam dada. Redha wujud dalam tiga bentuk iaitu redha kepada Allah sebagai rabb, redha kepada Islam dan redha kepada Rasul.

Redha kepada Allah sebagai rabb. Redha kepada Allah adalah menjadikan kehendak dan kemahuan peribadi. Rela Allah sebagai pengatur, pembimbing dan pendidik yang sentiasa mencintai, melindungi dan menyayangi dirinya. Kerana itu seluruh aktiviti hidupnya ditujukan untuk mencari keredhaan Allah.

Dalil

76:32, erti redha terhadap Allah adalah menjadikan kemahuan Allah sebagai kemahuan kita sendiri atau tidak menghendaki apapun selain yang dikehendaki Allah terhadap kita.

2:207, 60:1, orang mukmin sentiasa mencari redha Allah dalam berjihad, meski pun mesti mengorbankan dirinya.

98:8, mereka yang beribadah dengan ikhlas akan mendapat redha Allah lihat pula 9:100.

Sarahan

Redha kepada Islam sebagai aturan hidup. Islam diyakini sebagai satu-satunya aturan hidup bagi dirinya. Tidak ada aturan lain. Kerana Islam adalah dien yang lengkap dan sempurna, menyelesaikan semua masalah, merupakan jalan lurus, dan membawanya kepada kebahagiaan dan keselamatan hidup.

Dalil

5:3, Islam adalah dien yang lengkap dan sempurna, merupakan nikmat Allah yang mengatur seluruh hidup manusia. Allah redha dengan Islam sebagai dien bagi kita maka kitapun harus redha dengan Dienul Islam, maka seluruh tuntutan Islam mesti dipenuhi dengan penuh kesedaran dan kerelaan. Lihat 3:19.

Sarahan

Redha kepada Rasul sebagai teladan. Dalam melaksanakan Islam maka Muhammad SAW dijadikan sebagai contoh dan ikutan. Semua langkah dan tindakan dilaksanakan sesuai dengan bimbingan Rasulullah ini. Kerana Muhammad SAW adalah manusia pilihan yang diutus Allah, insan kamil, pendidik utama yang selalu menyayangi umatnya.

Dalil

9:59, ciri sikap mukmin selalu mencari redha Allah dan RasulNya. 9:128-129, rasululLah sangat sesuai untuk diredhai kerana teramat sayang kepada kita.

4:65, keimanan seseorang ditentukan oleh kerelaanNya bertahkim kepada keputusan RasululLah tanpa keberatan dalamm menerima keputusan tersebut.

Hadits, tidak beriman salah seorang di antaramu sehingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku (Muhammad) datangkan.

33:21, Rasulullah adalah teladan dalam setiap aspek kehidupan.

4. Sibgah

Sarahan

Cinta dan keredaan kepada Allah, Rasul dan Islam mewarnai seluruh aspek kehidupan mukmin, menjadi sibgoh dalam dirinya. Sibgah adalah iman yang merasuk sampai ke tulang yang tidak dapat lepas, bersifat suci, murni dan tidak bercampur dengan syirik walaupun setitik. Seorang yang hidupnya dalam sibgah Allah seluruh hidupnya merupakan ibadah atau pengabdian kepada Allah. Untuk mengaplikasikannya sibgah diperlukan:

Pengenalan yang sebenarnya terhadap Allah dan interaksi denganNya dalam bentuk penghambaan

Pengenalan kepada Islam serta siap menghayati dan mengamalkannya baik dalam diri, keluarga, mahupun masyarakat. Islam harus diperjuangkan sehingga tegak di bumi Allah.

Pengenalan kepada Rasul SAW serta sedia mengikuti bentuk hidup beliau sesuai dengan kemampuan.

Dalil

2:138, iman sejati adalah sibgah Allah yang meliputi dirinya sibgah Allah ini menjadikan setiap perbuatannya ibadah kepada Allah.

6:82, iman yang sejati tidak bercampur dengan kemusyrikan meskipun sedikit. Orang yang memilikinya akan memperoleh rasa aman.

47:19, 20:14, pengenalan terhadap laa ilaha illa-Llah, 9:128, 18:110, pengenalan terhadap Rasul, 3:19,85, pengenalan terhadap Islam.

5. Sibgah hati

Sarahan

Hati yang tersibgah adalah hati yang suci, bersih dan sentiasa berhubungan dengan Allah, siap menerima pimpinan dan bimbinganNya.

Dalam hati ini terpancarlah aqidah yang sehat dalam keyakinan dan keimanannya.

Aqidah yang benar dan sehat tersebut menjadikan muslim selalu berniat ikhlas dalam setiap langkah tindakannya. Niat adalah dasar ibadah, sama ada diterima atau ditolak ibadah seorang ditentukan oleh niatnya.

Dalil

26:89, hati yang suci bersih siap menerima keyakinan Islam. 23:35, hati mukmin gemetar bila disebut asma Allah. 50:33 hati mukmin sentiasa bertaubat dan kembali kepada Allah.

Hadits, keterangan RasululLah yang menyatakan taqwa ada di dalam dada (hati) seseorang.

3:84, 2:136, 4:136, keyakinan yang terdapat dalam dada setiap muslim merupakan iman yang mantap.

Hadits, RasululLah bersabda “sesungguhnya sahnya suatu amat ditentukan oleh niat. Dan sesungguhnya setiap orang akan memperoleh sesuai yang ia niatkan”.

6. Sibgah Akal

Sarahan

Akal tersibgah sentiasa bertafaqquh fiddien. Aktif memikirkan kejadian langit, bumi dan segala isinya, mempelajari semua fenomena alam sebagai tanda-tanda kebesaran Allah dibimbing oleh wahyuNya.

Dari akal yang selalu menyingkap rahsia fenomena alam ini lahirlah fikrah Islam, iaitu pemikiran atau idea yang merupakan aplikasi ajaran Islam yang bersumberkan kepada KitabulLah dan bimbingan Rasul.

Fikrah yang Islami menjadikan muslim memiliki suatu program yang benar dalam menghadapi kehidupan. Program kehidupannya mampu menegakkan ajaran Allah (Al Islam).

Dalil

3:190-191, 30:20-24, firman Allah yang mengisyaratkan pentingnya berfikir tentang tanda-tanda kekuatan Allah di alam semesta.

50:37, pada kejadian alam semesta banyak terdapat peringatan bagi mereka yang mahu menggunakan akalnya.

67:10, orang kafir menyesal di neraka kerana tidak menggunakan akalnya dengan maksima.

9:120, muslim bertafaqquh sesuai bidang yang diminatinya dalam rangka menegakkan dienulLah.

Hadits, sabda Rasul: “Barangsiapa yang Allah kehendaki menjadi baik, maka difahamkan-Nya dalam dien”.

7. Sibgah Jasad

Sarahan

Jasad yang tersibgah sentiasa dipelihara kesihatan dan kekuatannya. Jasad ini dibangun dengan berbagai cara agar mampu mengikuti jejak hidup RasululLah SAW.

Dapat melakukan aktifiti atau bekerja sesuai bimbingan Allah dalam KitabuLlah. Menjadi wujud yang nyata dari aqidah dan fikrahNya.

Dapat melaksanakan bimbingan dan pimpinan Allah untuk individu mahupun masyarakat sesuai dengan kemampuannya. Pelaksanaan ini berdasarkan niat yang ikhlas dan program yang digariskan.

Dalil

2:247, syarat pemimpin dalam Al Qur’an adalah yang memiliki ilmu yang luas dan tubuh yang kuat.

28:26, pilihan untuk menerima amanah jatuh kepada orang yang bertubuh kuat dan terpercaya.

Hadits, RasululLah SAW memerintahkan “Ajarkan anak-anakmu berenang dan memanah”.

Hadits, RasululLah menyatakan: “Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah”.

Ringkasan Dalil

Tahap-tahap interaksi dengan syahadatain

Cinta (2:165, 8:2, 9:24)

Redha (2:207)

Kepada Allah (a, 2:207, 92:20-21, 94:8)

Kepada Islam (a, 3:19,85)

Kepada Muhammad (a, 33:21)

Membentuk sibgah (2:138, 4:125), dalam hati (26:89), akal (67:10), jasad (2:251)

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: